Thursday, 10 April 2014

Pandu cermat, jiwa selamat.

Sebagai pengguna jalan raya, kita mestilah berdisiplin dan memandu secara berhemah. Disiplin yang diamalkan dalam pemanduan dapat mengurangkan kadar kemalangan yang semakin hari semakin meningkat. Seorang pemandu mestilah mematuhi peraturan jalan raya dengan memasang tali pinggang keledar, mematuhi had laju dan peka terhadap papan tanda di tepi jalan. Secara tidak langsung, kadar kamalangan yang sudah mencapai tahap mencemaskan ini lebih-lebih lagi semasa musim perayaan dapat dikurangkan.  Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, kerajaan tiada mahu langsung kemalangan jalan raya pada musim perayaan walaupun ramai menganggapnya mustahil.  Menurutnya,keadaan "nahas sifar" ini boleh dicapai kerana kajian menunjukkan kebanyakan kemalangan jalan raya disebabkan oleh faktor manusia dan bukannya faktor kenderaan atau jalan tidak elok. Memang Ops Sikap itu membantu kerana tanpa Ops Sikap, kita tidak dapat membayangkan betapa banyak lagi yang akan mati di atas jalan raya. Persoalannya takkan sehingga kita terpaksa mengharapkan Ops Sikap sepanjang tahun, tetapi pemandu itu sendiri tidak mahu mengubah sikap mereka sendiri. Slogan "Anda Mampu Mengubahnya" memang tepat sebagai peringatan kepada semua pengguna jalan raya. Jelaslah bahawa, pemandu yang berdisiplin dan berhemah dapat membantu mengurangkan kehilangan nyawa yang lebih banyak dan ini bertepatan dengan slogan, pandu cermat, jiwa selamat.

Keselamatan Jalan Raya

OBJEKTIF

01) Menggunakan kata – kata bertatasusila untuk menerima teguran dengan hati yang terbuka dalam perbualan.

02) Membina ayat tunggal dengan perluasan subjek dan predikat berdasarkan maklumat dalam iklan.

03) Menyebut dan mencatat tentang kepentingan mematuhi undang-undang dan akibat mengingkarinya.

PENGENALAN

Jalan raya merupakan laluan bergerak utama kenderaan seperti kereta, lori, bas, motosikal, dan basikal malah juga untuk pejalan kaki.

Jalan raya mempunyai peraturan yang tersendiri supaya semua pihak dapat menggunakan jalan raya dengan selesa, baik dan selamat.

Antara contoh peraturan jalan raya ialah mematuhi papan-papan tanda lalulintas, lampu isyarat, garisan di jalan raya, had laju, memakai tali pinggang keselamatan dan sebagainya.

Antara petua keselamatan jalan raya ialah:
a) Mempunyai pengetahuan dan kemahiran untuk memandu,
b) Mempunyai pengetahuan tentang peraturan jalan raya atau lalulintas,
c) Merancang perjalanan,
d) Mematuhi had laju, lampu isyarat dan garis panduan memotong atau memasuki lorong jalan,
e) Memakai tali pinggang keselamatan dan topi keledar dengan betul,
f) Mengutamakan pejalan kaki dan penunggang motosikal.

Wednesday, 9 April 2014

KEPENTINGAN MEMATUHI PERATURAN ATAU UNDANG-UNDANG KESELAMATAN JALAN RAYA

KEPENTINGAN MEMATUHI PERATURAN ATAU UNDANG-UNDANG KESELAMATAN JALAN RAYA

Mengelakkan kemalangan yang merugikan diri sendiri dan orang lain
Bertimbang rasa terhadap pengguna jalan raya yang lain
Membolehkan semua pengguna jalan raya sampai ke destinasi dengan selamat
Urusan pengangkutan di jalan raya dapat berjalan lancar
UNDANG-UNDANG & PERATURAN


Undang-undang jalan raya ialah akta yang mewajibkan suatu
perlakuan di jalan raya. Peraturan jalan raya pula merupakan amalan
keselamatan yang boleh meningkatkan keselamatan pengguna semasa
di jalan raya.

Sebagai pejalan kaki, kita harus memilih tempat yang paling selamat
untuk melintas. Pastikan kita boleh melihat kenderaan dari semua arah.
Setelah memilih tempat yang paling selamat untuk melintas, perkara yang
wajar dan selamat dilakukan adalah dengan mengamalkan lima langkah
melintas. Pertama, berhenti dan undur selangkah ke belakang. Kedua,
lihat ke kanan dan ke kiri. Ketiga, dengar arah bunyi kenderaan.
Keempat, fikir sama ada selamat atau tidak. Kelima, melintas dengan
berwaspada. Selain itu, berjalan menghadap trafik dan mematuhi arahan
warden lalu lintas merupakan peraturan yang boleh meningkatkan
keselamatan kita semasa di jalan raya. Perbuatan melintas jalan tanpa
menggunakan jejantas merupakan satu kesalahan di sisi undang-undang.
Jika melintas di lintasan belang yang terdapat kemudahan lampu isyarat
undan, pastikan melintas hanya apabila lampu isyarat orang hijau
bernyala. Pengguna jalan raya tidak digalakkan melintas di antara dua
buah kenderaan yang diparkir.

Sebagai penunggang basikal pula, kita harus sentiasa memakai topi
keledar basikal untuk melindungi bahagian kepala daripada tercedera.
Menunggang di bahagian kiri jalan sealiran dengan trafik merupakan
perkara yang selamat dilakukan. Kita patut menggunakan isyarat tangan
apabila hendak membelok dan berhenti. Patuhilah semua papan tanda
semasa menunggang basikal di jalan raya.
Sebagai penumpang kenderaan, kita haruslah sentiasa memakai tali
pinggang keledar. Begitu juga jika turun dari bas, pastikan bas beredar
dengan sepenuhnya sebelum melintas jalan.
Semua pengguna jalan haruslah bertanggungjawab akan
keselamatan diri sendiri. Pastikan sentiasa memakai pakaian berwarna
cerah atau terang untuk meningkatkan kebolehlihatan pada bila-bila
masa. Undang-undang dan peraturan jalan raya haruslah sentiasa
dipatuhi.

Tanda Isyarat Lalulintas































Tanda Isyarat Lalulintas Larangan

Semua pemandu hendaklah sentiasa mematuhi tanda-tanda isyarat dan peraturan-peraturan jalan raya yang ditetapkan untuk mempastikan keselamatan terjamin. Oleh itu amat penting untuk mempelajari, mengetahui dan memahami makna setiap tanda-tanda isyarat lalu lintas yang digunakan dijalan raya sepertimana yang telah dikategorikan di bawah Kaedah 5 Kaedah Lalulintas 1985.
































Bibliography
Buku.
Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia
Buku Panduan KPP. 2003.35-36